Latest Updates

Lawatan ke RTMS dan Poring 'Hot Spring'



Lawatan guru-guru SAR Wadi Kauthat dan Tadika Pelangi Inda ke Rumah Transit Mualaf Sabah, Kg. Lohan 2 dan Kolam Air Panas 'Hot Spring', Poring di daerah Ranau.

Pengislaman Ajaib



Peristiwa ajaib, 2 orang adik beradik yang dihantar oleh bapanya untuk mengikrarkan Syahadah di Pensiangan sedang bapa anak ini tidak islam. 

Didoakan agar si ayah 2 anak ini akan menerima hidayah. Anak lelaki di syahadahkan oleh Niezam Cool dan anak perempuan disyadahkan oleh menantu Ustaz Mohd Fadli Yusof.

Murid dan suasana pembelajaran







Inilah antara murid di SAR Wadi Kauthar dan suasana persekitaran pembelajaran yang sebolehnya menjadi keperluan untuk dinaiktaraf mengikut peredaran zaman.

Hamba-hamba Allah yang budiman mungkin ada idea dalam usaha ini.

Majlis Konvokesyen dan Hari Anugerah Murid Cemerlang

Majlis Konvokesyen dan Hari Anugerah Murid Cemerlang
Kementerian cadang bina Kolej Islam di Sabah

KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna bercadang untuk mendirikan sebuah Kolej Islam yang pertama di Sabah.

Menterinya, Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata, Kolej Islam yang bakal didirikan di kawasan Sepanggar itu mampu memberi kemudahan kepada anak tempatan untuk melanjutkan pelajaran dalam aliran agama di negeri ini tanpa perlu belajar ke Semenanjung.

Kini sudah tiba masanya untuk Sabah mempunyai sebuah Kolej Islam kerana setakat ini anak-anak tempatan tidak mempunyai tempat untuk melanjutkan pelajaran mereka dalam aliran agama di Negeri ini setelah menamatkan pelajaran di Sekolah Menengah, katanya di Majlis Konvokesyen Tadika Pelangi Indah dan Hari Anugerah Murid Cemerlang Sekolah Agama Rakyat (SAR) Wadi Kauthar, di sini, kelmarin.

Katanya, Kementeriannya telah meminta ahli jawatankuasa untuk menyediakan kertas kerja mengenai pembinaan Kolej Islam itu secepat mungkin sebelum dikemukakan kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam pada itu katanya, pembinaan Kolej Islam ini juga bakal menyerikan lagi kawasan Sepanggar sebagai tempat menuntut ilmu memandangkan di sanalah terletaknya Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Politeknik Kota Kinabalu, Institut Kemahiran Mara (IKM), Institut Latihan Perindustrian (ILP) dan lain- lain lagi.

Saya difahamkan terdapat 14 buah institut pengajian tinggi dan kemahiran di Sepanggar, tidak termasuk sekolah-sekolah rendah dan menengah yang terdapat di situ, jadi, pembinaan Kolej Islam di kawasan Sepanggar itu sememangnya merupakan satu langkah yang amat baik,” katanya.

Sementara itu, Kementerian juga mengalu-alukan langkah yang dibuat oleh Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat 12 Karambunai yang akan menyerahkan geran bagi sebidang tanah untuk didirikan sebuah Taska, Tadika dan Sekolah Agama.

Katanya, pembinaan pusat pendidikan agama di Kampung Lokob Permai, Sepanggar itu merupakan salah satu pendekatan yang baik demi memperkukuhkan lagi pendidikan agama Islam di Negeri ini.

Hal ini kerana katanya, pendidikan agama merupakan satu aspek yang penting bagi menghindari gejala-gejala sosial yang banyak berlaku di negara-negara yang sedang membangun termasuk Malaysia, katanya.

Juga katanya, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam memastikan anak-anak menerima pendidikan agama yang secukupnya sebagai bekalan di masa hadapan mereka.

Dalam menikmati pembangunan yang dikecapi kini, ibu bapa tidak seharusnya mengetepikan pendidikan agama kerana hanya pegangan ilmu yang kuat mampu menyatu padukan seluruh umat Islam dan dapat membangunkan sesebuah Negara dengan sempurna,” katanya.

Turut hadir, Pengerusi SAR Wadi Kauthar dan Tadika Pelangi Indah, Ramlie Ungking dan Guru Besar SAR Wadi Kauthar merangkap Pengurus Tadika Pelangi Indah, Idham Abbas.

By : OLEH BALQIS JAMALUDIN
New Sabah Times

Bangunan SAR Wadi kauthar pada 2009


Ini adalah bangunan SAR Wadi Kauthar pada tahun 2009.

SAR Wadi Kauthar sedang dalam Proses Pembelian bangunan untuk Sekolah Agama Rakyat Wadi Kauthar dengan harga RM 80,000.00 ( Lapan Puluh Ribu Sahaja). 

Untuk tujuan pembelian dan pembangunan sekolah tersebut, maka SAR Wadi Kauthar menawarkan jualan amal dalam bentuk Wakaf dengan harga RM10.00 satu kaki persegi. 

Mereka yang ingin membeli wakaf sebanyak RM 50.00 akan diberikan sijil wakaf. 

Untuk sumbangan, boleh terus mengirimkan ke akaun di bawah

Nama Bank: Bank Rakyat
Nama Akuan: SAR Wadi Kauthar Kg. Bandulan 
No. Akaun: 22 0743133333

Untuk maklumat lanjut sila hubungi pentadbiran SAR Wadi Kauthar Ustaz Idham Abbas (Guru Besar) di talian 018- 9651617.